JENIS-JENIS RETORIK
i)
Pemerian
Pemerian ialah teknik
penggunaan bahasa yang berbentuk penjelasan atau huraian tentang sesuatu idea.
Retorik ini bertujuan untuk menyampaikan fakta dan maklumat yang lengkap kepada
pembaca atau pendengar.
ii)
Pemujukan
Retorik jenis ini
menggunakan bahasa pujukan untuk mempengaruhi pemikiran dan keyakinan orang
lain supaya mempercayai sesuatu perkara yang diperkatakan itu.
iii)
Penerangan
Retorik jenis ini pulak
merupakan satu bentuk pemyampaian melalui cerita sama ada dalam penulisan
mahupun lisan.
iv)
Pendedahan
Retorik ini memberikan
pendedahan dan menampakkan sesuatu atau menyingkap, memaparkan atau menunjukkan
sesuatu perkara atau maklumat dengan jelas dan terperinci. Tujuan retorik ini
adalah untuk memindahkan idea atau maklumat daripada seseorang kepada khayalak
dengan berkesan.
v)
Penceritaan
Retorik ini merupakam
satu bentuk penyampaian melalui cerita, sama ada dalam penulisan mahupun dalam
lisan.
vi)
Penghujahan
Retorik ini juga
dikenali sebagai pemujukan rasional atau intelek. Retorik jenis ini digunakan
dalam sesuatu perbahasaan, perdebatan, pembicaraan, forum, dan penulisan yang
bersifat akademik.
PRINSIP-PRINSIP RETORIK
Secara
umumnya, terdapat beberapa prinsip bagi penggunaan retorik ini supaya pengguna
dapat menggunakan dengan berkesan agar tujuan utama pencapaiannya dapat
difahami oleh pembaca. Berikut merupakan prinsip bagi retorik yang boleh
digunakan dalam bentuk penulis:
i)
Retorik
Pemerian
Retorika
pemerian bertujuan memberikan gambaran visual yang jelas kepada khalayak
seperti dalam pelukisan. Dalam retorik tersebut, penghasil wacana memindahkan
pengamatan dan pemerhatiannya kepada khalayak. Bahan yang dipindahkan
termasuklah imej, hal fizikal, keadaan, perasaan, suasana, latar dan
sebagainya. Pemerian sewajarnya dilakukan secara objektif, tepat dan jelas.
Penghasil wacana hanya memerihalkan sesuatu objek atau perkara sebagaimana
kewujudan sebenarnya, iaitu tidak memasukkan emosi, imaginasi, atau
pandangannya dalam wacana yang dihasilkan. Daripada segi penerimaan wacana
pula, pembaca dan pendengar seolah-olah dapat melihat ciri-ciri objek yang
digambarkan. Bagi
menghasilkan wacana dengan retorik pemerian, penghasil wacana boleh memberikan
gambaran secara realistik atau impresionistik. Gambaran secara realistik
bermaksud penghasil wacana menggambarkan sesuatu dengan berdasarkan fakta-fakta
yang konkrit manakala gambaran secara impresionistik dapat mencetuskan
imaginasi khalayak sehingga imej-imej yang digambarkan dapat dikembangkan oleh
khalayak dengan lebih khusus lagi. selain daripada bentuk prosa, retorik
pemerian juga terdapat dalam bentuk puisi dan dapat diperlihat oleh kata-kata
yang berirama.
ii)
Retorik
Pemujukan
Retorik
pemujukan juga dikenali sebagai retorik pengaruhan. Hal ini demikian kerana
dalam retorik ini, penulis atau penutur berusaha untuk mengubah dan
mempengaruhi pemikiran, keyakinan, dan pandangan pembaca atau pendengar. Bagi
mempengaruhi khalayak, retorik pemujukan mementingkan kehalusan berbahasa
dengan menyelitkan unsur-unsur psikologi serta perbandingan kebaikan dan
keburukan. Hal ini dilakukan agar individu yang dipujuk akur pada saranan yang
dikemukakan dan seterusnya bertindak mengikut kemahuan pihak yang melakukan
pemujukan. Antara ciri penting dalam retorik pemujukan
ialah penghasil wacana akan memainkan emosi penerima wacana. Dengan
memanipulasikan emosi khalayak, penghasil wacana berharap pendirian penerima
wacana akan berubah lalu bertindak mengikut kehendak penghasil wacana. Perasaan
takut, belas kasihan, rasa bersalah, megah, malu dan sayang merupakan antara
perasaan yang sering dieksploitasikan. Sebagai contoh, ungkapan “Berasa malu kerana jerawat? Gunakan krim
XYZ!” mengeksploitasikan perasaan takut dan malu pembaca. Selain itu, jenis
retorik ini sering menggunakan bahasa yang manis dan menarik. Penggunaan bahasa
yang sedemikian terdapat penggunaan iklan yang menggunakan teknik ini.
iii)
Retorik
Pendedahan
Pendedahan
boleh diertikan sebagai ‘perbuatan mendedahkan atau menampakkan sesuatu yang
sebelum ini tidak diketahui’. Hal ini bermakna, retorik pendedahan merujuk
kepada satu teknik pemakaian bahasa yang menampakkan sesuatu perkara atau topik
sehingga perkara atau topik tersebut dapat diketahui dan difahami oleh
khalayak. Selain pendedahan, retorik ini juga dikenal sebagai retorik
penjelasan. Hal ini demikian kerana tujuan retorik ini adalah untuk memberikan
pemahaman kepada khalayak. Oleh itu, sesuatu topik perlu dihuraikan,
disingkapkan, dipaparkan dan ditunjukkan dengan jelas dan terperinci supaya
khalayak dapat memahami topik yang diperkatakan. Bagi khalayak memahami topik,
retorik ini perlu memberi sebanyak mungkin maklumat yang ada. Seterusnya,
penghasil wacana perlu berusaha memindahkan ideanya kepada khalayak secara
berkesan. Biasanya, idea yang sering dijelaskan dengan menggunakan retorik
pendedahan ialah idea yang berkait dengan definisi, konsep, istilah, fakta,
falsafah, masalah, analisis, proses dan dasar tertentu.
Terdapat tiga prinsip utama dalam retorik
jenis ini iaitu:
a)
Penghasil wacana mesti pakar dalam
subjek yang diperkatakan.
b)
Khalayak tidak faham akan subjek.
c) Subjek yang dibicarakan tidak
kontroversi, iaitu tidak akan
mencetuskan perbezaan pendapat.
iv)
Retorik
penghujahan
Retorik
penghujahan tergolong dalam retorik pengaruhan. Namun demikian, retorik ini
memerlukan bukti dan alasan yang kukuh untuk meyakinkan khalayak. Oleh itu,
retorik penghujahan turut dikenali sebagai pemujukan rasional atau intelek.
Retorik penghujahan memerlukan khalayak bersetuju dan yakin akan pendapat yang
dikemukakan. Hal ini bermakna bahawa dalam retorik penghujahan, khalayak
dianggap sebagai orang yang bijak, objektif dan berkemampuan membuat penilaian
terhadap sesuatu usul. Kenyataan tesis, premis dan khalayak merupakan unsur
penting yang terdapat dalam retorik penghujahan. Kenyataan
tesis merupakan pendapat atau usul yang dikemukakan untuk dibahaskan. Pendapat
ini mesti dibezakan dengan fakta yang merupakan suatu kenyataan yang benar
sedangkan pendapat cuma menjadi suatu pemikiran, andaian, atau kemungkinan.
Premis merupakan bukti atau alasan yang dikemukakan untuk menyokong sesuatu
tesis. Bukti ini boleh terdiri daripada fakta yang konkrit, pendapat pakar,
contoh, kes, statistik yang sesuai atau alasan yang munasabah manakala khalayak
pula merujuk kepada penerima wacana yang perlu diyakinkan supaya bersetuju
dengan pendapat yang dikemukakan. Tujuan pemakaian retorik penghujahan adalah
untuk meyakinkan khalayak dengan bukti dan logik, iaitu bukti yang berasaskan
penaakulan yang betul dan tepat.
v)
Retorik
Penceritaan
Retorik
penceritaan berupaya menyampaikan sesuatu cerita, iaitu menghubungkan beberapa
siri peristiwa yang berkaitan dalam satu plot yang logik. Retorik ini digunakan
dalam penulisan cerpen, novel, autobiografi, biografi, lipur lara, hikayat dan
banyak lagi. Penulisan penceritaan terbentuk daripada bahagian permulaan,
perkembangan cerita, konflik, dan peleraian sehingga terhasil satu kesatuan.
Retorik ini mengandungi empat prinsip yang bertalian, iaitu kesatuan (unity), pertautan (coherent), penekanan (emphatic)
dan gaya bahasa yang menarik. Kesatuan dalam penceritaan berkaitan
dengan tema, iaitu aspek yang mewujudkan kesatuan fikiran dalam sesuatu cerita.
Pertautan pula berkaitan dengan plot atau jalinan cerita, iaitu terdapat
kesinambungan idea dalam cerita tersebut. Seterusnya, penekanan dalam
penceritaan merujuk kepada pemilihan dan penyusunan peristiwa yang dapat
menarik minat khalayak. Dalam hal ini, cerita yang diselitkan dengan unsure
saspens, klimaks, dan kadar gerak penceritaan peristiwa-peristiwa yang pantas
akan menimbulkan keseronokan kepada khalayak.
vi)
Retorik
Penerangan
Retorik penerangan bertujuan untuk memberikan
maklumat kepada pengguna wacana. Oleh hal yang demikian, retorik ini dikatakan
bersifat informatif. Dalam lisan, retorik penerangan menyampaikan maklumat dan
mesej tertentu dengan intonasi dan nada yang menarik. Retorik penerangan
menggunakan bahasa formal yang tepat, jelas dan bernas supaya orang yang diberi
penerangan mengetahui dan memahami maklumat yang disampaikan. Maklumat boleh
disampaikan secara lisan daripada seseorang kepada seseorang yang lain, melalui
media cetak, media elektronik, internet dan buku panduan. Antara maklumat yang
sering disampaikan dengan menggunakan retorik penerangan termasuklah maklumat
tentang cara memasak, memasang mesin dan mengendalikan peralatan komputer.
No comments:
Post a Comment