Saturday, 18 May 2013

PENGGUNAAN RETORIK DAN GAYA BAHASA DALAM KARYA AGUNG HIKAYAT ABDULLAH


SINOPSIS HIKAYAT ABDULLAH
Hikayat ini merupakan kisah yang menceritakan perihal Munshi Abdullah yang menjurus kepada aspek-aspek kehidupannya. Permulaan hikayat ini menceritakan kelahiran Abdullah yang dimulakan tentang serba sedikit latar belakang ahli keluarganya, sejarah susur galur keturunannya, kisah bapanya yang juga merupakan seorang pengarang suatu masa dahulu. Dalam bahagian permulaan juga diceritakan tentang kisah kelahiran Munshi Abdullah dan diteruskan dari zaman sewaktu beliau masih bayi sehingga ke peringkat kanak-kanak.
      Seterusnya, hikayat ini menceritakan tentang permulaan Abdullah Munsyi menuntut ilmu. Pada peringkat ini diceritakan tentang beliau mula belajar menulis dan menuntut ilmu daripada bapanya serta beberapa orang guru. Pelbagai pengalaman telah dilaluinya dalam mendalami ilmu membaca, menulis dan mempelajari bahasa-bahasa lain dan perihal hukuman yang dijalankan di tempat beliau menunut ilmu. Selain itu, bahagian ini menceritakan kisahnya yang telah membantu seorang nakhoda menulis surat perjanjian berhutang. Bermula dari perkara tersebut, Abdullah mula menunjukkan minat dalam bidang penulisan walaupun masih banyak lagi perkara yang perlu dipelajarinya.
       Hikayat ini diteruskan dengan bahagian permulaan Abdullah mengarang. Dalam bahagian ini, beliau menulis perkara-perkara yang berlaku disekelilingnya. Pelbagai cerita yang telah tercatat pada bahagian ini. Antara cerita yang tercatat olehnya pada bahagian ini iaitu kisah orang-orang Inggeris yang diketuai oleh Farqhuar yang ingin merobohkan kota Melaka. Beliau telah menceritakan tentang kebaikan pemerintah Inggeris.dalam bahagian ini, Abdullah telah memepersoalkan masyarakat Melayu yang kurang mengambil berat tentang pendidikan serta membandingkan golongan wanita pada waktu itu. Selain itu, bahagian ini turut menceritakan tentang kisah Inggeris hendak menyerang Tanah Jawa, kisahnya yang mula belajar bahasa Inggeris, perihal orang Melayu yang sezaman dengannya yang dimomokkan dengan perkara tahyul, kisah Abdullah yang bersama paderi Thomson, permulaannya sebagai seorang penterjemah dan permulaan pendidikan awal Inggeris serta halangan-halangan yang dihadapi olehnya.
     Bahagian hikayat ini turut menceritakan tentang perkahwinan Abdullah. Permulaan bahagian ini menceritakan tentang bantuan yag diberikan oleh paderi Milne kepadanya. Dalam bahagian ini diteruskan dengan pembukaan pusat pengajian dan usahanya dalam percetakan huruf-huruf. Bahagian ini turut menceritakan tentang pengambilalihan Melaka dari pihak Inggeris kepada Belanda, kisah pembentukan pemerintahan Singapura dan pengambilahilan kuasa oleh Inggeris . Kisah tersebut diteruskan dengan pembunuhan Sayid Yassin, seorang ahli perniagaan Melayu dan diselangselikan dengan kisah pemberontakan antara orang Melayu Melaka dengan orang Temenggung. Abdullah turut menceritakan tentang pembukaan Raffles Institution, hubungan persahabatan Siam dengan Inggeris, kisah mengenai kongsi gelap,  syair Singapura terbakar dan kisah orang Inggeris menyerang Naning.
      Bahagian seterusnya menceritakan perihal Abdullah yang telah menjadi pengarang besar. Dalam bahagian ini beliau menceritakan tentang kisah-kisah lawatannya. Berdasarkan lawatannya ke Pahang, Kelantan dan Terengganu, beliau mepersoalkan kelebihan dan kekurangan masyarakat yang hidup di kawasan tersebut. Bahagian ini turut menceritakan sedikit tentang lawatannya ke tanah suci dan detik-detik akhir riwayat hidupnya. Bahagian berikutnya merupakan pandangan Abdullah terhadap masyarakat pada zamannya yang hidup dalam keadaan kucar kacir dan mempersoalkan ketidakadilan pembesar dan raja pada waktu itu. Bahagian terakhir dalam hikayat ini memperihalkan tentang Abdullah pada pandangan kita di zaman ini. Dalam bahagian ini menceritakan bagaimana beliau mengisahkan perjalanan hidupnya yang diselangseli dengan kisah yang berlaku semasa hayatnya. Selain itu, bahagian ini menjurus kepada pandangan Abdullah terhadap bangsanya sendiri dan usahanya dalam membangunkan ilmu bahasa Melayu bagi menjadi rujukan kepada masyarakat zaman ini.

PENGGUNAAN RETORIK DAN GAYA BAHASA

BAB 10

PERENGGAN 1
Retorik Pemerian
·                     Seorang wanita Inggeris di dalam keci tersebut telah dibawa oleh perompak ke timur
(Hikayat Abdullah: 149)

PERENGGAN 2
Retorik Pemerian
·                     Setelah naik ke darat dan melihat tempat serta gunung-gunungnya, Kolonel Farquhar suka. Dipenuhi karang dan batu belaka.
(Hikayat Abdullah: 150)

PERENGGAN 3
Teknik Penceritaan
·                     Sia-sia aku belajar membaca dan menulis bahasa Inggeris.
(Hikayat Abdullah: 151)

PERENGGAN 5
Retorik Pemerian
·                     Apabila sampai di bukit dekat tiang bendera, pemerintah Inggeris dengan opsir dan orang besar-besarnya diiringi tambut sulingnya, masing-masing memegang pedang tercabut, bersedia menanti.
(Hikayat Abdullah: 152)

PERENGGAN 7
Retorik Pemerian
·                     Sekretarisnya tinggal dalam kota. Rumahnya arah ke sebelah laut. Rumah mereka penuh dengan pengawal pintu.
(Hikayat Abdullah: 153)

BAB 11


PERENGGAN 1
Retorik Pemerian
·         Tuan Furquhar sudah lama bersahabat dengan Tengku Long, putera Sultan Mahmud. Semasa dia di Melaka, khabar yang kudengar mengatakan Tengku Long sudah mengambil wang daripada Kolonel Farquhar.
      (Hikayat Abdullah: 154)

PERENGGAN 4
Retorik Penceritaan
·         Tuan Raffles datang ke Melaka. Setelah berbincang dan bersetuju, dimintanya Kolonel Farquhar belayar ke Singapura untuk melaksanakan kerja tersebut. Ketika itu Tuan Raffles telah diarahkan pergi ke Aceh oleh Tuan Jenderal untuk mendamaikan pertelingkahan di antara Aceh Pidir dengan Teluk Semawi yang hendak berperang.
      (Hikayat Abdullah: 155)

PERENGGAN 5
Retorik Pemerian
·         Tempat itu dipenuhi pokok keramunting dan senduduk. Pada arah sebelah tepi sungai, terdapat empat lima buah pondok kecil dan enam tujuh batang pokok kelapa.
      (Hikayat Abdullah: 155)

PERENGGAN 6
Retorik Penceritaan
·         Tuan, saya ini orang terbuang, membawa hati dari Riau. Sama tahulah, tuan, adat raja Melayu ini masing-masing hendak membesarkan diri.
      (Hikayat Abdullah: 156)

PERENGGAN 15
Retorik Pemerian
·         Kawasan itu semak belaka. Hanya di padang itulah tiada berhutan besar, tetapi dipenuhi pokok-pokok ambung-ambung, malapari, bulangan dan tulang-tulang kayu. Di seberang sungai kelihatan pokok-pokok bakau, api-api, buta-buta, jeruju dan tulang-tulangnya sahaja. Ada sebuah bukit yang tinggi di hujung tanjung Kuala Singapura.
      (Hikayat Abdullah: 161)

Berikut merupakan beberapa contoh retorik yang telah dikenalpasti penggunaannya dalam bab 10 dan bab 11, Hikayat Abdullah. Bukan itu sahaja, penggunaan beberapa jenis gaya bahasa dalam hikayat ini juga telah dikaji. Antaranya ialah:

Anafora
·                     Kemudian pergi pula ke Daik. Kemudian ke Karimun.  
(Hikayat Abdullah: 150)

Analogi
·                     Mereka tidak sedar, bahawa yang dating adalah lintah yang bakal menghisap darah mereka. (Hikayat Abdullah: 150)

Simile
·                     Aku terasa seperti dibangunkan orang daripada tidur.  
(Hikayat Abdullah: 151)

Simile
·                     Kulihat wajah mereka penuh dengan dukacita, seperti orang kematian lakunya, pucat muka mereka. 
(Hikayat Abdullah: 152)

Personafikasi
·         Tuan Farquhar pergi berteduh di bawah sepohon kayu kelat di tengah padang itu.                                                                                            (Hikayat Abdullah: 156)

Hiperbola
·         Sebab itulah saya membuangkan diri ke pulau di tengah laut ini, tuan. 
 (Hikayat Abdullah: 156)

Anafora
·         Dia ketakutan melihat ramai orang berhampiran perahunya, lalu terjun ke laut ketika ombak besar. Dia hilang dibawa arus ke laut. 
(Hikayat Abdullah: 160-161)



No comments:

Post a Comment