Saturday 18 May 2013

DEFINISI DAN ETIMOLOGI MELAYU



Etimologi bermaksud kajian asal usul dan sejarah sesuatu perkataan serta makna perkataan tersebut. Menurut Mohd Rashid (2007), melayu itu terbit daripada perkataan Sanskit Malayaatau daripada perkataan Tamil "Malai" yang bererti bukit atau tanah tinggi. Orang Portugis mengelarnya sebagai Malayo. Mengikut sejarah, bangsa yang bernama Melayu itu menepat dengan sunyi di sebuah kawasan anak sungai yang bernama Sungai Melayu di Hulu Sungai Batang Hari atau kini terkenal dengan nama Sungai Jambi. Di kawasan hulu Sungai Jambi itu ada sebuah kerajaan Melayu semasa sebelum terkenal Kerajaan Srivijaya atau Palembang Tua.


Sementara itu, perkataan melayu’’ dikatakan daripada perkataan Mo-lo-yeu. Ini dibuktikan dengan penemuan beberapa catatan oleh para pengembara. Antaranya penemuan catatan pemgembara Cina sekitar tahun 644-645 M. Catatan Rahib Buddha bernama I-Tsing yang singgah di Srivijaya pada 672 M mengatakan bahawa Bahasa Melayu digunakan di Palembang. Manakala pengembara Portugis, Godinho de Erachia, mengatakan Bahasa Melayu  dalam perhubungan di Kepulauan Melayu dengan pedagang-pedagang dari Asia Barat, India dan China. Perkataan Melayu pada  Kerajaan Mo-lo-yue di Jambi, Sumatera, sempena sebatang sungai yang dipanggil “Sungai Melayu’’.  Bagi salasilah Bahasa Melayu, dalam kajian rumpun dan Keluarga Bahasa Melayu, kita perlu memahami istilah yang penting. Antaranya istilah tersebut yang perlu difahami ialah filum iaitu kelompok bahasa seusia 5000 tahun, rumpun pula kelompok bahasa 2500-5000 tahun dan keluarga merupakan kelompok bahasa seusia kurang daripada 2500 tahun.

I-Tsing

Istilah Melayu juga disebutkan diambil daripada perkataan bahasa Jawa Kuno, melayu, yang bermaksud mengembara atau pergi ke mana-mana’’. Maksud perkataan ini dikatakan sesuai dengan orang Melayu yang dikatakan berpindah dari Yunan menuju ke kawasan Selatan, menyeberangi  Selat Melaka dan mendarat di Pulau Sumatera. Menurut Nik Safiah Karim (2010), asal usul orang Melayu, iaitu penuntur asli bahasa Melayu, amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam. Beberapa teori telah mengatakan bahawa penuntur bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Mereka datang dari daerah Yunan dan menjelajah ke Selatan, dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia, dan menduduki wilayah Asia Tenggara. Ini berlaku sejak tahun 2500 sebelum Masihi, iaitu berlaku dengan kedatangan golongan pertama yang disebut Melayu Proto; kemudian, kira-kira dalam tahun 1500 Sebelum Masihi, datang pula gelombang yang kedua, golongan yang disebut Melayu Deutro. Mereka ini telah menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara, dan telah memperlihatkan kepandaian belayar dan bercucuk tanam.

Contoh Zaman Melayu Proto

Contoh Zaman Melayu Deutro

Menurut Abdul Rashid (2005), dalam kajian Zuber Osman sebelum menentukan apa itu bahasa Melayu, terlebih dahulu tentukan pengertian perkataan ‘Melayu’. Perkataan Melayu berasal daripada ‘Himalaya’ yang telah disingkatkan kepada ‘Malaya’, dan kemudiannya menjadi Melayu. Perkataan ‘Himalaya’ berasal daripada perkataan ‘hima’ dan ‘alaya’. ‘Hima’ bererti salji atau salju. Sedangkan ‘alaya’ bererti tempat. Dengan itu hima alaya maksudnya tempat sejuk, seperti di puncak gunung yang tinggi.

Manakala ada juga pengkaji yang mengatakan  bahawa Melayu itu daripada  perkataan ‘Malaiyur-pura’ yang terpahat pada prasasti Bukit Gombak I di Sumatera Barat yang bererti kota Malaiyur, atau kota gunung. Dari situ timbul perkataan malaiyur = malaiyu = malayu = melayu. Pada Batu Bersurat Bukit Gombak Stau di Sumatera barat, tercatat perkataan Melayu Pura bermaksud ‘kota Melayu’ atau ‘Kerajaan Melayu’. Dengan kata lain, istilah Melayu diambil daripada perkataan Malayapura.

Selain itu, ada juga yang mengatakan bahawa perkataan Melayu berasal daripada perkataan ‘pamalayu’, iaitu peristiwa ketika berlaku penyerangan oleh Raja Kertanegara dari Singhasari Jawa Timur di Hulu Jambi di sempadan Sumatera Barat. Kemudian di situ didirikan sebuah prasasti, iaitu prasasti Amoghapasa. Prasasti itu dibina sebagai peringatakan tentang berlakunya ekspedisi angkatan perang dari Jawa Timur tadi ke daerah Melayu pada tahun 1286. Pamalayu itu bermaksud Ekspedisi Malayu, iaitu penyerangan dan  seterusnya penguasaan terhadap negeri Melayu. Perkataan Melayu itu berasal daripada perkataan Jawa Kuno dan Jawa Baru, iaitu mlaya dan mlayu yang bererti lari.

Akhir sekali, pendapat mengatakan perkataan Melayu berasal daripada Malayu, iaitu sebuah kerajaan yang berpusat di Muara Jambi. Kerajaan Melayu ini terwujud pada abad ke-7 (644M) dan pernah dilawati oleh I-Tsing pada 671M. Nama Malayu bagi kerajaan Malayu ini berasal daripada nama sebuah sungai yang terletak di situ, iaitu Sungai Melayu. Penamaan kerajaan atau negeri daripada nama sungai adalah perkara biasa dalam budaya Melayu, seperti nama Negeri Johor, Pahang, Kelantan, Sarawak, Perak, Kedah, Siak, Terengganu, Inderagiri dan banyak lagi yang berasal daripada nama sungai. Tetapi bagaimana pula nama sungai diberi Melayu, tidak yang lain? Mengikut ceritanya air di sungai itu begitu deras arusnya, selaju orang berlari. Dengan itu ia diberikan nama sungai Malayu atau Melayu. Melayu di sini sama dengan pengertian dalam bahasa Jawa, iaitu lari. Menurut Asmah Hj Omar (1993), pengetahuan tentang asal usul bangsa Melayu diperolehi dari bahan-bahan peninggalan purbakala. Dengan itu, orang-orang Melayu dan orang-orang yang seketurunan dengannya di seluruh Kepulauan Melayu dikatakan berasal dari Tanah Besar Asia.

No comments:

Post a Comment