Monday, 20 May 2013

KONSEP KARYA AGUNG MELAYU


Karya agung ialah karya klasik yang telah meninggalkan kesan dalam aspek budaya, pemikiran, pandangan dan falsafah hidup yang berkekalan sehingga hari ini bersama sesuatu bangsa. Sementara itu, karya ini dianggap sebagai pembentuk dan cerminan budaya dan tamadun bangsa. Manakala karya agung Melayu pula ialah  karya yang melambangkan keunggulan daya cipta seniman, penulis dan pemikir bangsa Melayu yang terdahulu kala dalam menyampaikan wahana idealisme, nilai, pandangan hidup, adat, budi, kesedaran moral dan visi sesuatu bangsa itu sendiri. Melalui bentuk sastera dan seni yang tinggi nilainya sehingga kesan seni, budaya dan falsafah kekal sepanjang zaman yang terkandung dalam pemikiran tamadun Melayu.
 Karya agung Melayu bererti karya agung yang ditulis, diungkapkan atau dilisankan seperti pepatah, pantun, lipur lara dan lain-lain dalam  bahasa Melayu yang tidak mengira kelompok, bangsa, etnik yang terdapat dalam kawasan dunia Melayu. Erti kata Melayu dalam karya agung tidak dapat dikenal pasti secara langsung, tapi berdasarkan  penulisan hikayat ini dapat membuktikan wujudnya Melayu itu berdasarkan  peristiwa berlaku pada dahulu kala. 

Pengenalan Konsep dan Gagasan Karya Agung Oleh Yayasan Karyawan

No comments:

Post a Comment

Post a Comment