Saturday 18 May 2013

DEFINISI RETORIK

Retorik berasal daripada bahasa Greek iaitu “rhetor” yang membawa maksud pemidato. Retorik merupakan seni atau teknik memujuk yand disalurkan melalui bahasa lisan, visual atau tulisan. Definisi bagi retorik diperluas sejak retorik dijadikan sebagai salah satu bidang kajian. Oleh hal yang demikian, retorik klasik berbeza dengan retorik komtemporari yang turut melibatkan penganalisisan dalam unsur teks dan juga visual. 

Retorik klasik biasanya diajar dala sastera liberal asal dan tergolong dalam trivium. Dalam zaman purba dan pertengahan, kajian terhadap menekanan penggunaan bahasa yang betul, tepat, memuaskan dan berkesan dalam aspek pengkajian dan kritikan karya sastera. Aspek logik pula menekankan ujian dan penciptaan ilmu baharu melalui proses soal dan jawab manakala retorik pula menekankan keadah atau cara memujuk yang biasanya digunakan dalam tempat-tempat awam seperti di Dewan Perhimpunan dan sebagainya. Retorik banyak digunakan dalam masyarakat demokratik dengan prinsip kebebasan bersuara berpersatuan dan kebebasan berpolitik dengan syarat tidak bercanggah dengan Perlembangan Persekutuan dan undang-undang yang ditetapkan. 

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:1326), retorik didefinisikan sebagai teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan. Bukan itu sahaja, retorik juga dimaksudkan sebagai seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran para pendengar iaitu suatu seni yang menggunakan bahasa lisan atau cara untuk berkomunikasi yang juga disebut sebagai seni berpidato. 

Menurut Abu Hassan, retorik merupakan satu seni gaya penulisan secara berkesan yang bertujuan untuk mempengaruhi khalayak iaitu individu yang berada di persekitarannya. Retorik juga dikatakan sebagai keindahan seni lisan dan penulisan serta merupakan suatu seni propaganda yang digunakan oleh seseorang individu bagi tujuan memujuk. Retorik sebagai seni propaganda ini biasanya digunakan oleh ahli-ahli politik dan banyak digunakan dalam penulisan surat khabar yang berupa iklan untuk tujuan memujuk. 

Menurut Asmah Hj. Omar (1998), retorik bermaksud kajian tentang penggunaan bahasa secara berkesan. Berdasarkan pada konteks yang bersesuaian, retorik juga dapat diertikan sebagai keupayaan menggunakan bahasa secara berkesan atau ciri-ciri yang berkaitan dengan bahasa. 

Menurut Lanham (1991), retorik merupakan seni dalam mendapatkan keyakinan seseorang melalui wacana bahasa. Retorik menyentuh hal yang berkaitan dengan cara menyampaikan pendapat, idea, saranan atau cara menghuraikan sesuatu wahana kepada penulis untuk mempersembahkan pemikirannya, tanggapannya atau perasaannya dengan jelas dengan gaya yang berkesan. Pemahaman penulis tentang retorik dan kecekapan menerapkannya amat penting untuk membolehkannya menghasilkan penulisan yang terdiri daripada wacana yang kukuh.

No comments:

Post a Comment